Sunday, June 9, 2013

Puding Roti Mable

Hari minggu ni saje melayan telatah balqis sibuk betul nak makan agar2... Ari Rabu lepas pegi pasar malam UK Perdana adelah beli agar2 tp malangnyer xsedap. Erm ape lagi membebel lah mulut balqis ni ... idea wat puding roti mable pun menjelma... lagi pun roti tinggal 1 hari lagi nak expired...

 inilah dia rupe puding roti mable
Sedia untuk minum petang..

Resipi nyer kat bawah

Bahan-bahan
4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
170ml susu cair
10gram serbuk agar2 @ sepeket
1/2 cawan gula - bleh kurangkan
2 sudu besar butter@marjerin (cairkan)
31/2 cawan air = hana gune cwn biasa 230ml
2 sudu besar serbuk koko @ coklat emulco




Cara-cara
Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 dan gula ke dalam periuk.
Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih tadi.
Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih lagi. matikan api.
Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. (Jika menggunakan serbuk koko, bancuh dahulu dgn sesudu air panas jadikan pes agar tidak berbiji2@bergentel2 serbuk koko tersebut).
Ambil sesenduk warna putih@plain dan tuang di tengah2 loyang. kemudian ambil sesenduk warna coklat, tuang di atas warna putih@plain tadi. biarkan puding gerak sendri ke tepi. tak payah ratakan atau kacau. ulang smula kaler putih@plain dan buat hingga habis.. ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan cepat sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam.

Nota : Kemanisan puding sila ejas ikut selera masing2. dan bagi yang kurang gemar berlemak/
            manis, kurangkan sukatan susu pekat.
 





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...