Showing posts with label Sotong. Show all posts
Showing posts with label Sotong. Show all posts

Wednesday, November 2, 2011

Ketupat Sotong @ Sotong sumbat pulut

Hari ni aku buat sotong sumbat pulut request by En. Bidin opic mate aku org Nogori 9. aku rase dia ni mengidam nak makan ketupat sotong kot. alkesah perlawanan piala FA Malaysia 2011 N9 lwn ganu, siapa kalah kene wat something. aku action lah update status bila gol yg petama oleh ganu, aku biasa r terus jek update status lautan penyu bergelora kat stadum tup-2 abis jek perlawanan n9 menang 2-1. aku dah agak sok kat opic teruk aku kene.... penyu menangis lagi! so aku kene tempias kat opis.. oleh kerana ganu kalah dia mintak aku wat sotong sumbat ni.... tp aku mintak kat dia next time klu n9 lwn ganu menang siaplah dia.... aku mintak......... tungggguuuuuuu...............

Inilah dia sotong sumbat pulut @ ketupat sotong lemak masakan ganu kite...

En. Bidin sanggup gi pasar keramat beli sotong sekilo rm19, santan, beras pulut n halba semata-mata suruh aku buat sotong sumbat ni!

Meriah sekali sotong sumbat ni! Sekilo RM19 dapat 12 ekor je... mkn sekor jek dah kenyang coz sotong ni dah ade pulut, masak lak dgn santan memang kenyang gile. Bidin makan xhengat balun 5ekor.. ini namenye perut sumbat lak!!! sesape nak resepi kat bawah ni tp resepi ni versi ganu kite klu nak yg klante nyer sori ye xde resepi tp rasenyer same jek cume klate dia letak gula melaka or nisan so rase nyer tu memang manis lah...


Bahan:
1 kg sotong
1 1/2 cawan beras pulut ~ direndam 1jam
santan cair secukupnya
bawang merah ~ dimayang halus
halia ~ dihiris panjang
1 sudu besar halba
3/4 cawan santan pekat/fresh
1 1/4 cawan air
garam & sedikit gula
lidi/pencungkil gigi

Cara membuatnyer
  1. Bersihkan beras pulut. Rendam dengan santan selama 1jam. Toskan beras. Santan bekas rendam beras tu dimasukkan ke dalam periuk.
  2. Bersihkan sotong. Keluarkan kepalanya.
  3. Isikan beras pulut ke dalam sotong 1/3 penuh. Tutupkan dengan kepala sotong. Cucuk dengan lidi supaya kepala tak tercabut. Masukkan ke dalam periuk yang ada santan tadi.
  4. Masukkan garam, gula, halia dan halba. Masak sehingga mendidih.

Sunday, July 17, 2011

The story about weekend lagi!

Ari ni aku ade class Enterpreneuship kat Bangi. Pepagi aku bangun terus jek masak. xbuat breakfast pun terus je masak utk mkn tghari. Masak ala kadar jek utk lovely hubby & daughter, takut xsempat coz class start kul 10.10 pagi. Dlm kul 9.25pagi aku dah gerak dari umah. Sib baik ari ni xjam. huhhhhh... aku tekan 120km mencanak-canak kete, dlm kul 10.00 aku dah sampai.

Sup Tulang - rebus malam tadi so pagi ni tunggu masak jek


Bahan-2

1kg tulang lembu
1 sup bunjut tulang adabi
1 kiub ayam
2 liter air.
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 sudu lada hitam
1 inch halia
1 biji limau nipis (air perahan jek)
2 biji ubi kentang
minyak untuk menumis (aku guna minyak zaitun)
daun sup/ daun bawang/ batang saderi
bawang goreng (aku xletak pun)
cili padi - kalo nak pedas
garam secukup rasa

Cara membuatnya

1. Bersihkan tulang temulang pastu rebuslah tulang sehingga empuk (aku rebus hingga isi terkeluar dr tulang coz En. Sufian xsuke mkn daging tulang yg keras dia kata menyekse gigi jek!)
2.Kisar bawang putih, bawang merah & lada hitam. Halia diketuk-ketukan.
3.Panaskan minyak (guna kuali lain), tumis bahan yg di kisar sehingga jadi kekuningan, kemudian masukkan bahan tumis ke dalam periuk rebusan tulang tadi.
4.Masuklah pula ubi kentang, rempah sup bunjut dan juga kiub ayam
5.Biarkan sehingga ubi kentang empuk.Masukkan batang saderi. Tambah garam secukup rasa. Apabila masak boleh lah di angkat dan hiasilah dgn daun sup. Kalo suka masam perahlah sedikit limau nipis.





The simple one of Sayur Campur
 
200g brokoli 
1 carrot
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah2 sudu besar sos tiram
Garam 1 sudu besar minyak.
Ikan Bilis
Cara penyediaan:

1. Potong brokoli, carrot dan bersihkan.
2. Panaskan air didalam periuk, bila air mendidih masukkan brokoli dan rebus selama 1 minit. Toskan airnya.
3. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan goreng sehingga garing
4. Dengan menggunakan minyak tadi, masukkan bawang, ikan bilis,  sos tiram dan sedikit air. Kacau rata(kuah bergantung kpd citarasa).
5. Masukkan carrot serta  brokoli dan perasakan dgn garam secukup rasa. Angkat, letakkan didalam mangkuk/piring dan taburkan bawang putih yg telah digoreng garing tadi. 
 

Abis jek class kul 12.00 lebih then terus jek balik. Pintu kete sebelah driver lak rosak xleh bukak! kene bukak pintu belah passenger satu keje lak kene lompat ke tempat duduk driver... huhhhhhhhhh kene cover2 lak! nak lompat takut org nampak klu x Maluuuuuuuuuuuu........ nti org ckp pehal lak minah ni lompat2!



Tempat bukak pintu yg ade tanda arrow merah tu lah patah so xleh bukak... huhhh gile tensionnnnnn siutttt!!! sesampai kat umah En. Sufian terus jek bawak kete gi repair.


 

Bahan-bahan

  • 1 peket mee kuning
  • 4-6 ekor udang basah
  • 50g udang kering ( blend )
  • 1/2 biji bwg besar
  • 3 ulas bwg putih
  • 5 tangkai cili kering
  • 2 biji keledek (size kecil) - direbus dan dilenyek @ suku cawan kacang tanah goreng(dtumbuk) - klu tk nk letak pon tkpe tp lebihkan udang kering supaya kuah pekat.
  • 4 biji telur
  • sawi
  • bawang goreng
  • Hirisan cili merah
  • Air rebusan daging
  • Gula
  • Garam
  • hirisan daging
  • limau kasturi / limau nipis
  • tauhu goreng - hiris nipis

Cara-cara

  1. Celur mee kuning
  2. Blend bwg besar,bwg putih,cili kering. Panaskan minyak dan tumis hingga cili masak.
  3. Masukkan udang kering yang telah diblend hingga naik bau. Kemudian masukkan air rebusan daging,keledek lenyek/ kcg tanah, hirisan daging dan udang basah. Didihkan. Masukkan pula gula dan garam secukup rasa.
  4. Kecilkan api. Pecahkan telur sebiji2. Jgn kacau supaya telur tidak pecah.Biarkan telur masak/separuh masak (terpulang).. Akhir skali masukkan sawi.
  5. Tutup api. Curahkan di atas mee. Dan hiaskan dengan bawang goreng,tauhu, hirisan cili dan limau kasturi. Siap utk dimakan.


Sementara En. Sufian gi repair pintu kete aku sempat masak Mee bandung utk santapan petang.... selamat telan air liur ye..... lepas minum petang Balqis lak ajak mandi .... adusss aku rase cam dah penat ari ni

Balqis: Mama macam best jek abg tu swimming (sambil panjat kerusi duk tgk kut tingkap-balcony)

Aku: ye ke?

Balqis: Mama tgk lah. jom kite mandi (aku agak dah, ni mesti ajak gi swimming pool)

Aku: Mama penat lah Qis

Balqis: Ala kejap je....jom lah mama. kejap jekk... sambil tunjuk aksi tgh memujuk

Aku: (Aku pun jenguk! sib baik xramai org...) ok jom lah kite tunggu papa dl, tp kejap jek tau!

Balqis: ok... Balqis sayannngggggggg sgt mama..........

Aku: Erm.... kalau ikut ckp dia... ringan r mulut ckp sayang - like father like daughter lahhh...

inilah dia aksi mula-2 kat swimmingpool



Aksi seksi terlampau! posing x hengat..
Aksi nak baring lah pulak! layan je lah....

Ni aksi nak tdo pulak!
last posing b4 nak balik

Our dinner tonight


Nasi goreng ikan masin. xmasin pun pendek kata xjadi lah senang crite..


sotong goreng kunyit favorite balqis mkn dgn nasi goring
 

Bahan-bahan ( 5 orang makan )

  • 5 ekor sotong
  • Carrot & capsicum             
  • 1 ulas bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 biji cili besar
  • 2sb serbuk kunyit
  • 3-4 sb sos tiram adabi              
  • minyak masak
  • garam secukup rasa                             

Cara-cara

  1. 1Potong sotong kepada 4-3 bhgian. 2.gaulkan sotong serbuk kunyit ,sos tiram,garam dan peram antara setengah jam. 3.panaskan minyak dan goreng sotong sehingga garing..ketepikan sotong tadi sebelah dan masukkan bawang besar,bawang putih dan cili sehingga naik bau kemudian masuk carrot dan capsicum .goreng sehingga masak dan angkat boleh dihidangkan..

Terung goreng

The end - Sunday is the Day of meaningful
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...