Sunday, June 9, 2013

Puding Roti Mable

Hari minggu ni saje melayan telatah balqis sibuk betul nak makan agar2... Ari Rabu lepas pegi pasar malam UK Perdana adelah beli agar2 tp malangnyer xsedap. Erm ape lagi membebel lah mulut balqis ni ... idea wat puding roti mable pun menjelma... lagi pun roti tinggal 1 hari lagi nak expired...

 inilah dia rupe puding roti mable
Sedia untuk minum petang..

Resipi nyer kat bawah

Bahan-bahan
4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
170ml susu cair
10gram serbuk agar2 @ sepeket
1/2 cawan gula - bleh kurangkan
2 sudu besar butter@marjerin (cairkan)
31/2 cawan air = hana gune cwn biasa 230ml
2 sudu besar serbuk koko @ coklat emulco




Cara-cara
Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 dan gula ke dalam periuk.
Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih tadi.
Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih lagi. matikan api.
Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. (Jika menggunakan serbuk koko, bancuh dahulu dgn sesudu air panas jadikan pes agar tidak berbiji2@bergentel2 serbuk koko tersebut).
Ambil sesenduk warna putih@plain dan tuang di tengah2 loyang. kemudian ambil sesenduk warna coklat, tuang di atas warna putih@plain tadi. biarkan puding gerak sendri ke tepi. tak payah ratakan atau kacau. ulang smula kaler putih@plain dan buat hingga habis.. ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan cepat sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam.

Nota : Kemanisan puding sila ejas ikut selera masing2. dan bagi yang kurang gemar berlemak/
            manis, kurangkan sukatan susu pekat.
 





Monday, April 23, 2012

1st day keje @ sulastri

Ari ni 1st day aku keje kat Sulastri Corporation... Aku pernah keje kat cni dulu masa tu baru lepas grad. 23hb Julai  2003 ialah tarikh aku mula keje kat cni dulu... masa tu aku Secretary to Executive director - Mr. BhaskerBhai Jashbai Patel, unik kan name bos aku ni... byk gak r pengalaman aku dapat kat cni... pastu bulan 6 2007 aku behenti kat Sulastri Corporation then aku mula keje kat Sapura Thales Electronik pada 2hb Julai 2007 sehinggal saat aku dikenakan MSS (Management Separate Scheme) pada bulan Mac 2012 bukan VSS tau... katanye sapura masa tu nak reduce staff n kebetulan pulak bos aku En. Adi dah nak pencen so aku xde boss dan aku xde keperluan di Sapura Thales lagi... ok Fine aku paham.... seramai dlm 10 org klu xsilap aku kene MSS tu... tp jumlah yg di tawar kan sgt lah sket 1bulan gaji x brp tahun service (5 years) pastu + 3month without notice. aku memang x puas hati. Dapat jek surat MSS tu semua org dah sign cuma aku ber2 dengan Kak Mary jek x sign lagi.. Aku cuba fight untuk dapat lebih tinggi dari ape yg ditawarkan...

Aku rasa adalah dlm 3-7 kali aku masuk bilik CEO nak bincang pasal ni... done akhirnyer discuss punyer discuss aku sign jugak surat MSS tu with 1.x gaji X 5years + 3month = total aku dapat 11bulan gaji.. aku rasa bebaloi lah walaupun x sebanyak yg aku jangka.. aku menganggur 2 weeks, masa tu asyik duk apply keje kat job street jek. kebetulan aku dpt gi interview kat Ampang Chinese company.. keret gile r company tu menyampah aku!!!... aku rase klu x dpt pun xpe... erm memang betul pun xdpt.

Balik dari interview tu aku singgah kat opic Sulastri coz nak amik surat... dan... di sini lah bermulanyer rezeki aku.... kebetulan masa aku datang tu En. Ishak - director Sulastri Corporation ade kat ctu langsung dia tanye aku buat pe aku ckp lah home manager to my daughter n my husband. Dia ingat aku bergurau so that aku ckp aku mengganggur n tgk cari kerje.. aku terus je lah kasi Resume aku kat dia.. Aku ckp skrg ni aku study on HR. ade kosong ke.. dia kata HR pun boleh jugak coz xde HR kat opic ni... tp jawatan untuk finance pun diperlukan jugak coz ade staff nak berhenti keja so dia tanye aku blh buat acc x ,,... aku ckp nak balance account blh r... 

Kat sini lah dan pada hari ini bermulah 23/4/2012 carrier aku di Sulastri Conrporation direct report to Director as HR/Finance Executive

Wednesday, April 18, 2012

Birthday present



 Yes its Galaxy Note!!!!




Akhir nyer dapat jugak aku hp ini... Tq ye darling for special birthday present... surprise sgt.... tp sebenar nyer birthday aku lambat lg.... Mr. Hubby beli dulu coz dia nak gi outstation kat Sabah, takut xdan lak nti nak kasi mase my birthday 13hb June ni.... erm whatever lah.... janji dapat hadiah... jgn jelous ye korang.....
Hp galaxy ni ialah hp yg ke 12… kira ni 1st time lah guna Samsung, sebelum2 ni aku guna hp ni jek... blh click kat sini ye http://atinsahmemories.blogspot.com/2011/10/lose-my-hp.html
Ok la ade jugak pengganti untuk hp nokia aku yg hilang tu ade hikmah disebalik kehilangannyer… rupe nyer nak dapat Galaxy note…Thanks to god
 

Sunday, February 26, 2012

Nasi Arab

Erm xtahu nak buat ape ari ni... then terpikir nak wat Nasi Arab... tgk2 bahan cam semua ade jek, langsung jadilah Nasi Arab yg x seberape. Ni first time aku buat nasi Arab tau! Jom lah tengok resipi Nasi Arab, resipi drpd secubit garam-K. Nor Memang sedap! Tak rugi mencuba...

Bahan
1 kg beras bathmati [basuh dan toskan
1.5 liter air
500 gm ayam [potong kecil dan bersihkan]
1 tin kecil kacang peas ~ aku xletak pun coz tak ada stok kacang peas
1 cawan kismis
3 biji cili merah
3 biji cili hijau
1 pokok daun sadri [daun sup] ] hiris - i pun aku xletak xde stok
1 pokok daun ketumbar ] ni pun aku xletak xde stok
3 s/b minyak
5 s/b minyak sapi
2 s/b serbuk jintan manis ]
1 s/b serbuk jintan putih ] bancuh ngan sikit air
bawang goreng
gula
garam

Bahan tumis
5 ulas bawang merah ]
3 ulas bawang putih ] mayang
1 labu bawang besar ]
3 cm halia ]
2 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 s/k jintan manis
1 s/k jintan putih

Cara
1. Panaskan minyak sapi dan minyak. Tumiskan semua bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan serbuk jintan yg telah dibancuh dengan sikit air. Kacau rata.
3. Masukkan cili merah, cili hijau, air, ayam, gula dan garam. Biarkan mendidih.
4. Masukkan beras dan masak saperti nasi biasa.
5. Bila nasi telah masak taburkan daun yg dihiriskan, bawang goreng, kacang peas dan kismis. Tutup sebentar.
6. Bila nasi agak kering gemburkan nasi dan boleh hidangkan dengan dalca sayur n ayam goreng berempah

Jom try resipi ni plak utk ayam goreng berempah rangup...kot xde idea nak wat masak apa kan..leh le cuba ni..sedap..rangup...

Bahan-2
1/2 ekor ayam (potong ikut suka)
Minyak banyak untuk menggoreng
Garam, serbuk kunyit dan sedikit gula (gaul bersama ayam)
2 biji telor
Tepung jagung (agak-agak, asalkan dapat menyaluti ayam)

Bahan dikisar
2 biji bawang besar
3 biji bawang putih
3 inci halia
cili kering kisar/cili boh (agak2 je agar nampak merah)
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar lada hitam

Bahan yang ditumbuk tadi digaul bersama ayam dan diperap selama 3 jam (aku perap sekejap jek) Kemudian digoreng hingga hampir garing dan masukkan helaian daun kari ke dalam kuali. (Daun kari aku xletak pun xde stok)

Resepi Dalca Sayur

2 biji kentang ( potong 4-6 bahagian)
3 biji terungbulat ( potong 4-6 bahagian)
6 batang kacang panjang ( potong memanjang 1 inci)
1 batang karot
1 cawan santan pekat
air secukupnya
1 cawan kacang dhal ( aku guna yg dah ready dhal babas)
1 labu bawang besar ( di tumbuk)
3 ulas bawang putih ( ditumbuk)
1 inci halia (ditumbuk)
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
3 biji bunga cengkih
3 sudu besar serbuk kari
daun kari secukupnya ( xletak pun xde stok)
daun ketumbar ( xletak pun xde stok)
minyak untuk menumis
garam, perasa
Cara membuatnya
1. Tumis, bahan tumbuk, bunga cengkih, kayu manis, pelaga dan bunga lawang hingga wangi kemudian masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan air.
2. Masukkan kentang, masak hingga kecut dan empuk .
3. Kemudian masukkan air, santan, dhal, sayur-sayuran. Bila sayur sudah masak, sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.
4. Taburkan dengan bawang goreng dan daun ketumbar….. (aku xletak xde stok)
Enjoy…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...