Sunday, July 24, 2011

Kulit Yang Sihat Dan Cantik

Kali ni aku nak share tentang kulit kita lak.


Apakah itu struktur kulit?
Kulit terbentuk daripada 3 lapisan.
1.Lapisan pertama dipanggil epidermis yang terbentuk daripada keratin yang keras
2.Lapisan ke dua dipanggil dermis
-Ia mengandungi collagen, fibroblast dan elastic fibers
-Ia dipenuhi dengan hujung saraf dan salur darah, dan ini menyuburkan epidermis
-Ia mengandungi kelenjar minyak (sebaceous glands) dan kelenjar peluh.
Kelenjar minyak menghasilkan sebum iaitu sejenis bahan yang berminyak
3.Lapisan ketiga (terdalam) terdiri daripada sel-sel lemak yang merupakan tisu di
bawah kulit subcutaneous tissues

Apakah fungsi kulit?
Kulit berfungsi sebagai penghalang untuk mempertahankan:
-Kemasukan bahan berbahaya dan mikro organisma
-Melindungi organ dalaman daripada kecederaan
-Mengawal suhu badan melalui perpeluhan

Apa akan terjadi kepada kulit bila akil baligh?
Perubahan kulit secara fisiologi berlaku semasa remaja:
• Hormon merangsang kelenjar minyak untuk menjadi aktif
-Ini menyebabkan penghasilan sebum bertambah terutama bagi remaja lelaki
-Hasilnya, muka dan rambut menjadi amat berminyak dan muka berjerawat
• Kelenjar peluh (apocrine glands) mula dikeluarkan semasa akil baligh. Kelenjar ini terletak di ketiak dan kawasan kemaluan
• Peluh daripada kelenjar ini akan bergabung dengan bakteria di bahagian permukaan kulit dan menghasilkan bau badan

Apakah kulit yang sihat dan cantik?
Kulit yang cantik dan menjadi idaman ialah kulit yang:
• Licin, tegang, anjal dan kemerahmerahan
• Bebas daripada jerawat atau kulit merekah
Kulit muka yang normal adalah antara lingkungan kulit kering ke kulit berminyak.

Apakah nilai pH yang normal bagi kulit?
Nilai pH yang normal ialah 4.2 hingga 5.6. Nilai pH
• Dikekalkan melalui pengeluaran sebum dan perpeluhan
• Berperanan mengekalkan bahagian kulit luar dari merekah
• Menyekat pertumbuhan bakteria

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...