Showing posts with label Ikan. Show all posts
Showing posts with label Ikan. Show all posts

Sunday, November 13, 2011

Makan malam yg simple - Sambal Ikan Tenggiri & bendi

Sambal Ikan Tenggiri

Bahan-bahan

2 keping ikan tenggiri ~ bersih dan toskan
3 ulas bawang putih ~ ditumbuk / dikisar
1 biji bawang besar /5 ulas bawang kecik ~ ditumbuk / dikisar
1/2 inci halia ~ ditumbuk / dikisar
1 biji tomato ~ dipotong dadu
1 biji bawang besar ~ dihiris
2 sudu @ lebih cili kisar
Sedikit air asam jawa (kalau suka lebih masam)
Garam secukup rasa dan sedikit gula
Air
Minyak untuk menumis.

Cara penyediaan:

1. Panaskan kuali dan tumiskan bahan2 yang telah ditumbuk/dikisar sehingga garing.
2. Masukkan cili dan tomato. Masa sehingga terbit minyak (tomato tadi menjadi pes).
3. Masukkan sedikit air dan ikan. Tutup kuali dan biarkan 2-3 minit. Kemudian masukkan pula bawang yang dihiris. Gaul rata.
4. Perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Kalau kuah tidak masam, tambahkan dengan sedikit air asam jawa.
5. Setelah ikan masak dan bawang agak layu, bolehlah diangkat.

Bendi goreng dgn telur
bendi goreng telur yang mahal..... ya la sekarang kalau g pasar tengok sayur2 semua dah mahal belaka.... bendi ni bli kat pasar malam, bila tengok harga mak ai.... terperanjat beruk aku… rm10/kg.... ya la minyak naik harga jadi diorang pun sibuk naikkan harga semua benda agaknya... kita ni sebagai pengguna kenalah bijak memilih apa yg nak dibli...yg perlu jer. tp bila dah kat pasar tu semua benda kita nak borong kan.... bukan g pasar tiap2 hari pun, jadi stok kenalah sentiasa ada...
Bahan-bahan

250 gram kacang bendi, cuci dan toskan
1 camca besar sos tiram
Sos ikan secukupnya
Secubit gula
1 camca besar jus asam jawa
1 biji telur, dipukul sedikit
1 biji bawang besar saiz sederhana*
2 ulas bawang putih*
1 biji lada merah*
3 biji cili padi merah Thai*
1 camca besar udang kering, rendam dan toskan*(*ditumbuk lumat)
Sedikit air

CARA MEMBUATNYA
  1. Bendi hiris serong nipis2. Ketepikan. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk lumat hingga harum, tambah sos tiram, jus asam jawa dan secubit gula, kacau rata dan tuang air.
  2. Bila mendidih, masukkan bendi tadi, gaul rata dan masak hingga bendi lembut. Curah telur pada bahagian tepi kuali, bila mengeras sedikit, gaul rata bersama bendi. Tambah sos ikan secukup rasa. Masak hingga kering, rasa dan jika ok boleh matikan api.





Thursday, November 10, 2011

Kari Kepala Ikan & Peria goreng

Aku ni klu En Sufian xgi outstation asyik duk melekat kat umah jek aku memang rajin masak. Juadah ari ni ialah Kari Kepala Ikan.. teringin nak makan, ina lah ari tu asyik duk crite hubby nyer gi makan kari kepala ikan kat Kg. Atap. aku langsung jek tringin lak nak makan!


huuuhhh Sedap sehingga menjilat jari!

Bahan-Bahan

1 kg kepala ikan tp aku campur sket dgn isi sket50 gm bawang merah
30 gm halia (dikisar)
30 gm bawang putih (dikisar)
50 gm cili kering (dikisar)
50 gm ketumbar
40 gm serbuk jintan putih (aku letak sket halba)
10 gm serbuk lada putih
40 gm serbuk kunyit
1 liter santan kelapa
20 gm garam
10 biji kacang bendi
6 biji terung
Cara memasak:
  1. Tumiskan bawang, halia dan cili kering. Masukkan pula rempah yang telah dicampurkan dengan sedikit air asam jawa.
  2. Kacau sehingga terbit minyak. Selepas itu masukkan santan, kacau hingga sebati.
  3. Masukkan pula terung dan bendi, tunggu hingga separuh masak.
  4. Setelah hampir masak, masukkan pula garam dan serbuk perasa secukup rasa.


Justify FullPeria goreng + telur feberet aku ni!


Peria goreng telur, my feberet. Kat umah ni, cuma aku jek yang suka peria ni, En sufian makan sikit2 jek! Aku rase dia xsuke peria tp oleh kerana anak tekak aku nak makan aku masak gak! Klu nak masak peria ni aku rendam dulu dgn air garam selama sejam supaya air n getahnyer yg pahit tu keluar pastu baru cuci bersih2 n boleh le dimasak.

Bahan-bahan


1 biji peria di buang biji dan di hiris2
2 sudu makan cili kisar
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 biji telur
sedikit sos tiram
sedikit garam
sedikit kicap manis
Cara penyediaan
1. Perap peria dengan garam hingga keluar airnya. Cuci bersih2 peria tadi hingga hilang masinnya.
2. Tumis bawang, bawang putih, dan cili kisar.
3. Masukkan peria tadi bersama sos tiram dan kicap manis.
4. Tolak ketepi peria tadi pecahkan telur dan kacau2kan hingga rata.
5. Bila peria layu sesuaikan rasanya bolehlah diangkat dan dihidangkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...