Monday, August 8, 2011

Salam Ramadhan - ‘Perkara-perkara yang TIDAK membatalkan puasa’

Hari ni aku nak share ‘Perkara-perkara yang TIDAK membatalkan puasa’. Aku dapat @ info ni dari Sapura Komuniti send by email to all staff Sapura group minggu lepas..


Keputusan Majlis Perhimpunan Fiqh Islam di dalam persidangan yang ke-10 mengenai ‘Perkara-perkara yang TIDAK membatalkan puasa’


1. Menitiskan ubat ke dalam mata, hidung, telinga serta mencuci telinga
2. Meletakkan ubat di bawah lidah untuk rawatan sakit dada dan lain-lain selagi ianya tidak ditelan.
3. Memasukkan sesuatu alat ke dalam rahim untuk tujuan rawatan dan pemeriksaan
4. Memasukkan alat ke dalam salur atau pundi kencing bagi tujuan rawatan seperti ureteroskop, radio-opaque.
5. Memasukkan alat ke dalam usus untuk tujuan pemeriksaan, rawatan dan ubatan seperti suppositories, radio opaque, dan cecair pembersih usus.
6. Rawatan pergigian, mencabut, menampal atau membersihkan gigi dengan syarat tidak menelan apa-apa.
7. Berkumur atau menyembur ubat yang diletakkan pada mulut tanpa menelan apa-apa.
8. Suntikan ubat ke dalam darah (intravena) dan ke dalam kulit (subtaneous dan intra muscular)
9. Pengambilan oksigen.
10. Bius (General Anaesthetic).
11. Ubat-ubatan yang meresap ke dalam badan melalui kulit contoh krim.
12. Memasukkan tiub (wayar/contrast) untuk tujuan Angiogram.
13. Memasukkan skop ke dalam badan untuk tujuan rawatan.
14. Biopsy hati dan lain-lain organ tanpa memasukkan cecair bersamanya.
15. Ujian endoskopi bagi tujuan diagnosis seperti gastroscope dengan syarat tidak memasukkan apa-apa cecair atau bahan ke dalam perut.
16. Memasukkan peralatan atau pemberian suntikan ke dalam saraf tunjang.
17. Muntah yang tidak sengaja.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...