Monday, October 24, 2011

masak2 wekend - Daging salai masak lemak cili api

Rezeki lunch ari ni ilah Daging Salai masak lomak cili api.. tu pun dpt beli daging yg siap di salai ni masa balik kampung n9.. sib baik ade lagi... rezeki alllah...

ISTIMEWA BUAT PENGEMAR RESEPI DARI NOGORI SEMBILAN....DAGING SALAI MASAK LOMAK CILI API..BUEK YANG GOMAR MAKAN YANG PODAIS-PODAIS MEMANG KONO BENAR LA NGAN RESEPI NIH...BAK KATO ORANG MENTUO LALU BELAKANG PON TAK NAMPAK..KALU LALU DOPAN NAMPAK LA! aku xreti sgt nak speaking loghat n9 ni tp klu loghat ganu kite memang ekseleng r...


Huhh banyak gila En Sufian n Qis makan biasalah makan tambah nasi 2x baru cukup syarat

Bahan-bahan

400gram daging yg telah di salai dihiris nipis (rebus sehingga daging emput sket)
2 biji kentang dipotong sederhana ( x nak letak pun takpe)
2 batang serai - dibelah dua ataupun dititik
6-8 biji cili padi ( kalau nak pedas boleh ditambah)
1 cawan santan+1 cawan air
1 keping asam gelugor
sedikit kunyit hidup
sedikit garam

caranya
1. Kisar halus ataupun tumbuk cili padi bersama kunyit hidup hingga lumat, kemudian curahkan ke dalam periuk dan masukkan serai yang telah dititik tadi, kacau sebentar.
2.Selepas itu masukkan 1 cawan santan, dan 1 cawan air, masa ni guna api perlahan, dan kacau selalu, setelah kuah agak mendidih baru masukkan kentang, setelah kentang agak empuk baru masukkan asam gelugor dan daging salai, sesuaikan rasa, masukkan sedkit garam. kacau selalu.
3. Masak sehinga kuah pecah minyak, angkat dan sedia untuk dihidangkan panas-panas, selamat mencuba.

Sayur lak aku masak Sayur kailan ikan masin

Bahan-Bahan

1) 2 ikat sayur kailan
2) 2 cm ikan masin tenggiri
3) 2 biji bawang merah
4) 2 ulas putih
5) 2 biji cili api- dititik saja
6) 2 sudu besar sos tiram
7) 1 sudu sos ikan
8) Sedikit minyak bijan
CARA MEMASAK :
1. Bersihkan sayur kailan dan potong kecil-kecil , kupas semua bawang dan dimayang halus. Basuh ikan masin dan potong kecil-kecil.
2. Panaskan sedikit minyak dan goreng ikan masin dulu sampai agak garing kemudian baru dimasukkan semua bawang , goreng lagi sampai bawang layu . Masukkan terus sos tiram kacau dan masukkan nampla dan terus kacau , masukkan terus sayur , Kacau sayur jika agak kering masukkan sedikit air . Bila sayur dah layu boleh la ditutup api dapur.
Resepi ni tak perlu garam sebab dah masin dari ikan masin.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...