Friday, December 30, 2011

Bengang Gile.. aku ari ni.....

Hari ni Jumaat 30/12/11 ialah JCard Jusco AU2 keramat. Ok lunch kat opic aku ni klu ari jumaat 2jam dari 12.30pm-2.30pm oleh kerana dekat sgt lah kan dgn jusco ni so aku pun tepat kul 12.30pm jek zaaaassssssssssss................. terus jek ke jusco, aku cam biase gi dgn ina je sesampai aku berpecah ina kat tingkat bawah aku kat tingkat 1, ok aku cume beli baju Qis jek coz nak cepat. pilih punye pilih pastu cepat2 gi bayar.....

Yg aku bengangggggggggg sgt kat cashier ni ade ke patut brother kat depan tu beli rm430 jek dia gi scan 1 item tu spi 2x tetiba jek dah jadi rm680. pastu siap cakap ok bang rm680 cam org x bersalah jek bg tahu rm680. Ape lagi bengang r brother tu pun kata dia beli baju 5helai jek td promoter tu kira dlm 400ratus lebih jek camne leh jadi rm680 lak! kakak tu pun gelabah pastu nak gi panggil org yg berkenaan nak suh tolong refund balik, dia xtahu nak wat camne. 20minit aku tunggu org dah berderet beratur kat blakang aku ni.. dah lah aku ade sejam jek lagi nak shopping, ngat nak gi beli brg dapun sat lg....

k, kes brother tu dah selesai now turn aku lak.... lepas scan smua baju aku dia ckp harga rm234.30.. terkejut beruk aku bli baju anak aku 4 helai jek tu pun selai baju lebih kurang rm39. ok fine, lepas bayar jek aku terus check aku nyer resit rupe2nyer ade 2 item scan 2x. aku geram tul lah... aku pun tanye kakak tu

Aku : akak ade scan baju 2x lah kat resit ni!
cashier: sekejap ye

Aku geram tul lah kakak ni dia suruh aku tunggu sekejap. apekejadah nyer dia sibuk duk settle 2-3 org lain yg beratur nak bayar,.... aku pun tanyer akak lambat lagi ke klu tak, nak gi ngadu jek kat customer service.. barulah kakak tu pandang aku then terus jek cari supervisor dia tuk refund yg silap bayar td. ni lah dia resit yg silap kat bawah ni.


kat bulat merah tu rm234.30. Kan menyusahkan org jek tunggu lagi setengah jam dah kat ctu.... kakak cashier tu ntah kemane gi cari supervisor tuk settle kan coz xreti nak refund balik resit td. bengang gile aku kakak cashier ni! dah lah tuh xngaku salah lak sibuk duk ulang camne aku leh scan 2x ni balik2 duk ulang perkataan tu jek! poyo tul lah kakak ni... sial!!!!!!!!!!!!
lepas jek scan smula akhirnye rm152.10 jek aku shopping. See klu aku xcheck blk resit tu bertapa rugi nyer aku. beza dlm rm82.20, byk tu lepas aku beli bra waco selai. tulah dia kesah bengang gila aku ari ni........... Sekian..................







Wednesday, December 7, 2011

Ombak Rindu


Finally Aku tgk gak crite ni kat Wangsa Walk.. tp aku sedih coz bli tiket for 3pax.. last2 aku tgk criter ni dgn adik aku jek... hubby xdpt tgk coz kene outstation fly to sarawak.... sedih gak r xdpt tgk sesama... Sedih gila aku tgk crite ni sampai 2 pack tissue habis utk lap air mata aku...

Jalan cerita yang bagi aku mudah untuk kita fahami.. xperlu peningkan kepala untuk berfikir apa yang bakal berlaku seterusnya..Siapa kata lelaki tak boleh menangis apabila dilanda masalah percintaan?? Aaron Aziz berjaya 'membunuh' stigma orang kita yang mana lelaki tidak boleh menangis! Tidak salah untuk lelaki mengalirkan air mata kerana lelaki juga punya perasaan..

kat bawah ni Sinopsis Filem Ombak Rindu


Filem Ombak Rindu hasil karya novelis Fauziah Ashaari, Izzah, gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha cukup tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bala dalam keluarga mereka.

Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak ayah saudaranya walaupun hatinya meronta.

Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz sanggup 'membeli' Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu.

Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Apakah mereka bermadu?

Filem arahan Osman Ali ini menampilkan pelakon kacak Aaron Aziz sebagai Hariz manakala, Lisa Surihani (Mila). Turut berlakon Maya Karin sebagai izzah

Tak rugila kalau korang tengok cerita nie. Sangat romantik dan dramatis.

Nilai murni dalam percintaan yang perlu kita pelajari seperti kemaafan, pengorbanan, kesetiaan, kejujuran, keikhlasan, keterbukaan, serta ketulusan yang banyak ditunjukkan dalam filem ini.. Yang sedang dilamun cinta sangat la digalakkan untuk menonton kerana kalian didedahkan dengan nilai-nilai ini yang mana sangat penting dalam melayari perhubungan ini.. Oh ye, yang dah berumahtangga pon boleh jugak tengok..






Tuesday, December 6, 2011

Al-Kesah suatu cerita cuti2 balik 2 kampung halaman - KmnGanu n N9

Bermula suatu crita cuti yang agak panjang almaklumlah end of the year 2011 kan!... 26/11/11 aku balik kampung kemamang ganu dulu. bertolak dari umah pun, dah agak lewat, dlm kul 2.30pm dlm kul 3 lebih baru sampai kat R&R termeloh bhenti makan n solat.

Pic kat atas ni sempat berposing dgn budak masam kat dlm kreta

Tgh duk tunggu En. Sufian solat tetiba aku terserempak dgn budak2 ni. Aku cam kenal jek dgn mamat dlm pic kat atas tu (macam org kampung, kwn adik aku) aku tgk dia tgk aku then senyum, masing2 takut nak tegur bkn ape takut silap org jek! Pastu dtg lah En. Sufian dengan confident terus jek salam dgn dia... erm sah lah mamat kawan adik aku! Org kampung aku rupenyer......... meriah nyer aku tgk 3 gal ni duk memain bunga2 kat tepi longkang!
Pic ni aku amik kat google jek!
Cuti ni aku plan r nak gi jejalan kat Taman Tamadun Islam Terengganu. Kekawan aku yg bukan org ganu pun dah pegi aku ni org ganu xsesampai pun ke sana. Dengar cam best sesangat so Aku search lah kat internet....

Taman Tamadun Islam adalah taman tema pertama yang mengiktiraf senibina Islam. Kompleks ini menempatkan 21 replika bangunan berkaitan sejarah Islam dunia.Tarikan utama di sini termasuk Masjid Negara (Malaysia), Dome of the Rock (Palestin), Masjidil Haram (Arab Saudi), Al-Hambra Citadel (Spain) dan Taj Mahal (India). Terdapat juga Mimbar Kalyan (Uzbekistan), Makam Abu Nasr (Afghanistan), Mimbar Berputar Samarra (Iraq), Masjid Mohd Ali (Kaherah), Masjid Besar Qairawan (Tunisia), Masjid Besar Agadez (Nigeria), Aleppo Citadel (Syria), Masjid Kul Syarif (Russia) dan Mimbar Xian, China. Ikon bagi Taman Tamadun Islam ialah Masjid Kristal, yang menjadi mercu tanda baru bagi Kuala Terengganu. Masjid unik ini diperbuat dari kristal kaca dan besi yang telah dibuka secara rasminya oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 8 Februari 2008.

Malam ni baru malam ketiga aku kat kampung, tgh duk lepak n sembang2 dgn mak aku.. dgn tetiba jek en. sufian datang bagitahu dia col kampung N9 tadi Along gitahu mak masuk hospital. so plan nak gi jejalan nampanyer cancel lah... esoknyer aku tgk en. sufian ni serba xkena, makan pun xberselera sudah pastilah tingat kat mak kan? Adik aku pulak nak ikut aku blk KL dia amik spm last paper biologi ptg ni so aku tepakse tunggu, petang lah baru blh gerak... lepas adik aku abis spm jek ok zassssssssssssssssssss kite org terus jek betolak N9 dan sampai kat hospital kuala pilang dalam kul 11.oopm. Mak aku ni masuk hospital coz dah seminggu xlalu makan. makan nasi n minum air sumua bau busuk (cam pelik jek kan bunyi tapi tu lah hakikat nye) . Mak mertua aku admitted 3 ari gak r.. Masuk air 8 botol... kecian my lovely mother in law.....


Pic terbaru mak mertua selepas 1 hari kluar hospital. kuruskan! n esoknyer jek gi kenduri kawin. Almaklum lah yg kawin tu bukan org lain... sedara terdekat lagi dekat. lagi pun umah pun tak jauh cuma blakang umah jek...

Nilah lah dia pengantin nyer. Selamat Pengantin Baru... Semoga Bahagi ke anak cucu

Aku, adik aku, kakak ipar, anak buah n biras pulak b4 gi kenduri kita org sibuk bertungkus lumus buat masak pengantin kat umah dan ini lah hasil masakkan serta deco mendeco lauk pengantin..... aku ni bukan nye pandai sgt bab2 deco2 ni tp hantam sajelah

Hasil tangan kak ipar, kak ngah

ni pulak hasil tangan biras aku Nor

Posing2 dulu sbelum kenduri ...

kak su senyum

biras aku n anak dia baby muhammad

ok... posing lagi...

ok dah umah pengantin tema nyer ilah Pink-purple


Adik aku dgn dgn kaksu anak buah hubby

Pak cu posing bukan main hensem lagi..........

suasana dlm umah pengantin

budak masam tgh nak senyum tak jadi

ni pulak tgh duk sembang cam stahun xjumpe,... kak ct ni kata nak karaoke dgn aku tp tetap bersembang x abis2...

Amboi darling happy nyer dpt cuci pinggan ye!........

Hero2 mancho lak berposing maut hutan melintang......

erm malu2 pulak alim ni nak bergambar

anak dara ni makan udang pun memalu

Akulah pulak posing!

abg apik control mancho man

kusyuknyer kak ina makan jelly

Hensem tak yg pakai spek mata itam tu, 3 dari kiri...

best bro mkn ns minyak free....

huyooooo.... kak ngah makan chendol abis licinnnnn............... best sesangat lah tuhhh

aku posing dgn kak wa pulak!

En. sufian walaupun kepenatan amik contrak cuci pinggan sempat lagi posing

Aku n kak wa posing lagi tp apehal lak adik aku kat blakang tu dah ngantuk sgt dah spi pejam mata serapat-rapat nyer........

tgk pic ni tetiba tingat qis pernah jatuh tersungkur kat tangga ni spi berdarah n bengkak mulut

erm posing kat tangga lagi

family bahagia...

happy nyer hubby aku ni dpt kendong 2 orang skali... harap2 anak kedua dapat pulak boy

abg amir posing maut!

suke betul budak masam ni bergambo kat tangga
muka ngantuk kat bawah mata dah bengkak



halaman rumah @ N9... mase ni tgh becak2. musim hujan lah kan

umah mertua aku ni dekat dgn sawah padi so aku ape lagi berjalan2 sambil amik gambo lah!


hijau jek mata memandang... mendamaikan




abg afik n kak wa

cantik sgt!

Nice pic


amik gambo guna camera cannon G12 jek...

baru balik dari kenduri

diaorg dah nak spi umah aku duk sibuk amik gambo lagi


amik gambo bunga pun jadi

some of flower yg mak mertua aku tanam



tgh musim rambutan skrg ni

nyaman nyer terasa walaupun setakat tgk gambo yg kehijauan jek...

kat bawah ni sumua pic adik aku ADILA tgh posing terpesona dgn permandangan sawah padi
model sawah padi


ok sampai stakat ni jek crita aku utk kali ni lain kali aku crita lagi.........
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...