Wednesday, December 7, 2011

Ombak Rindu


Finally Aku tgk gak crite ni kat Wangsa Walk.. tp aku sedih coz bli tiket for 3pax.. last2 aku tgk criter ni dgn adik aku jek... hubby xdpt tgk coz kene outstation fly to sarawak.... sedih gak r xdpt tgk sesama... Sedih gila aku tgk crite ni sampai 2 pack tissue habis utk lap air mata aku...

Jalan cerita yang bagi aku mudah untuk kita fahami.. xperlu peningkan kepala untuk berfikir apa yang bakal berlaku seterusnya..Siapa kata lelaki tak boleh menangis apabila dilanda masalah percintaan?? Aaron Aziz berjaya 'membunuh' stigma orang kita yang mana lelaki tidak boleh menangis! Tidak salah untuk lelaki mengalirkan air mata kerana lelaki juga punya perasaan..

kat bawah ni Sinopsis Filem Ombak Rindu


Filem Ombak Rindu hasil karya novelis Fauziah Ashaari, Izzah, gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha cukup tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bala dalam keluarga mereka.

Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak ayah saudaranya walaupun hatinya meronta.

Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz sanggup 'membeli' Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu.

Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Apakah mereka bermadu?

Filem arahan Osman Ali ini menampilkan pelakon kacak Aaron Aziz sebagai Hariz manakala, Lisa Surihani (Mila). Turut berlakon Maya Karin sebagai izzah

Tak rugila kalau korang tengok cerita nie. Sangat romantik dan dramatis.

Nilai murni dalam percintaan yang perlu kita pelajari seperti kemaafan, pengorbanan, kesetiaan, kejujuran, keikhlasan, keterbukaan, serta ketulusan yang banyak ditunjukkan dalam filem ini.. Yang sedang dilamun cinta sangat la digalakkan untuk menonton kerana kalian didedahkan dengan nilai-nilai ini yang mana sangat penting dalam melayari perhubungan ini.. Oh ye, yang dah berumahtangga pon boleh jugak tengok..






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...