Sunday, July 17, 2011

The story about weekend lagi!

Ari ni aku ade class Enterpreneuship kat Bangi. Pepagi aku bangun terus jek masak. xbuat breakfast pun terus je masak utk mkn tghari. Masak ala kadar jek utk lovely hubby & daughter, takut xsempat coz class start kul 10.10 pagi. Dlm kul 9.25pagi aku dah gerak dari umah. Sib baik ari ni xjam. huhhhhh... aku tekan 120km mencanak-canak kete, dlm kul 10.00 aku dah sampai.

Sup Tulang - rebus malam tadi so pagi ni tunggu masak jek


Bahan-2

1kg tulang lembu
1 sup bunjut tulang adabi
1 kiub ayam
2 liter air.
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 sudu lada hitam
1 inch halia
1 biji limau nipis (air perahan jek)
2 biji ubi kentang
minyak untuk menumis (aku guna minyak zaitun)
daun sup/ daun bawang/ batang saderi
bawang goreng (aku xletak pun)
cili padi - kalo nak pedas
garam secukup rasa

Cara membuatnya

1. Bersihkan tulang temulang pastu rebuslah tulang sehingga empuk (aku rebus hingga isi terkeluar dr tulang coz En. Sufian xsuke mkn daging tulang yg keras dia kata menyekse gigi jek!)
2.Kisar bawang putih, bawang merah & lada hitam. Halia diketuk-ketukan.
3.Panaskan minyak (guna kuali lain), tumis bahan yg di kisar sehingga jadi kekuningan, kemudian masukkan bahan tumis ke dalam periuk rebusan tulang tadi.
4.Masuklah pula ubi kentang, rempah sup bunjut dan juga kiub ayam
5.Biarkan sehingga ubi kentang empuk.Masukkan batang saderi. Tambah garam secukup rasa. Apabila masak boleh lah di angkat dan hiasilah dgn daun sup. Kalo suka masam perahlah sedikit limau nipis.





The simple one of Sayur Campur
 
200g brokoli 
1 carrot
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah2 sudu besar sos tiram
Garam 1 sudu besar minyak.
Ikan Bilis
Cara penyediaan:

1. Potong brokoli, carrot dan bersihkan.
2. Panaskan air didalam periuk, bila air mendidih masukkan brokoli dan rebus selama 1 minit. Toskan airnya.
3. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan goreng sehingga garing
4. Dengan menggunakan minyak tadi, masukkan bawang, ikan bilis,  sos tiram dan sedikit air. Kacau rata(kuah bergantung kpd citarasa).
5. Masukkan carrot serta  brokoli dan perasakan dgn garam secukup rasa. Angkat, letakkan didalam mangkuk/piring dan taburkan bawang putih yg telah digoreng garing tadi. 
 

Abis jek class kul 12.00 lebih then terus jek balik. Pintu kete sebelah driver lak rosak xleh bukak! kene bukak pintu belah passenger satu keje lak kene lompat ke tempat duduk driver... huhhhhhhhhh kene cover2 lak! nak lompat takut org nampak klu x Maluuuuuuuuuuuu........ nti org ckp pehal lak minah ni lompat2!



Tempat bukak pintu yg ade tanda arrow merah tu lah patah so xleh bukak... huhhh gile tensionnnnnn siutttt!!! sesampai kat umah En. Sufian terus jek bawak kete gi repair.


 

Bahan-bahan

  • 1 peket mee kuning
  • 4-6 ekor udang basah
  • 50g udang kering ( blend )
  • 1/2 biji bwg besar
  • 3 ulas bwg putih
  • 5 tangkai cili kering
  • 2 biji keledek (size kecil) - direbus dan dilenyek @ suku cawan kacang tanah goreng(dtumbuk) - klu tk nk letak pon tkpe tp lebihkan udang kering supaya kuah pekat.
  • 4 biji telur
  • sawi
  • bawang goreng
  • Hirisan cili merah
  • Air rebusan daging
  • Gula
  • Garam
  • hirisan daging
  • limau kasturi / limau nipis
  • tauhu goreng - hiris nipis

Cara-cara

  1. Celur mee kuning
  2. Blend bwg besar,bwg putih,cili kering. Panaskan minyak dan tumis hingga cili masak.
  3. Masukkan udang kering yang telah diblend hingga naik bau. Kemudian masukkan air rebusan daging,keledek lenyek/ kcg tanah, hirisan daging dan udang basah. Didihkan. Masukkan pula gula dan garam secukup rasa.
  4. Kecilkan api. Pecahkan telur sebiji2. Jgn kacau supaya telur tidak pecah.Biarkan telur masak/separuh masak (terpulang).. Akhir skali masukkan sawi.
  5. Tutup api. Curahkan di atas mee. Dan hiaskan dengan bawang goreng,tauhu, hirisan cili dan limau kasturi. Siap utk dimakan.


Sementara En. Sufian gi repair pintu kete aku sempat masak Mee bandung utk santapan petang.... selamat telan air liur ye..... lepas minum petang Balqis lak ajak mandi .... adusss aku rase cam dah penat ari ni

Balqis: Mama macam best jek abg tu swimming (sambil panjat kerusi duk tgk kut tingkap-balcony)

Aku: ye ke?

Balqis: Mama tgk lah. jom kite mandi (aku agak dah, ni mesti ajak gi swimming pool)

Aku: Mama penat lah Qis

Balqis: Ala kejap je....jom lah mama. kejap jekk... sambil tunjuk aksi tgh memujuk

Aku: (Aku pun jenguk! sib baik xramai org...) ok jom lah kite tunggu papa dl, tp kejap jek tau!

Balqis: ok... Balqis sayannngggggggg sgt mama..........

Aku: Erm.... kalau ikut ckp dia... ringan r mulut ckp sayang - like father like daughter lahhh...

inilah dia aksi mula-2 kat swimmingpool



Aksi seksi terlampau! posing x hengat..
Aksi nak baring lah pulak! layan je lah....

Ni aksi nak tdo pulak!
last posing b4 nak balik

Our dinner tonight


Nasi goreng ikan masin. xmasin pun pendek kata xjadi lah senang crite..


sotong goreng kunyit favorite balqis mkn dgn nasi goring
 

Bahan-bahan ( 5 orang makan )

  • 5 ekor sotong
  • Carrot & capsicum             
  • 1 ulas bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 biji cili besar
  • 2sb serbuk kunyit
  • 3-4 sb sos tiram adabi              
  • minyak masak
  • garam secukup rasa                             

Cara-cara

  1. 1Potong sotong kepada 4-3 bhgian. 2.gaulkan sotong serbuk kunyit ,sos tiram,garam dan peram antara setengah jam. 3.panaskan minyak dan goreng sotong sehingga garing..ketepikan sotong tadi sebelah dan masukkan bawang besar,bawang putih dan cili sehingga naik bau kemudian masuk carrot dan capsicum .goreng sehingga masak dan angkat boleh dihidangkan..

Terung goreng

The end - Sunday is the Day of meaningful

Wednesday, July 13, 2011

Register SEM 5 - Sept 2011

Yes! akhirnya I've done registration for Semester 5 bln sept 2011, sebenarnye fedup gak r bila nak register jek asyik2 sever error pulak .Dah bepuluh kali try lak tu! rasa cang nok mutoh nasi dagang aku makang pagi tadik, nah ko dah kuar loghat ganu aku.... sial palis tul lah....

Ok untuk sem ni aku amik 2 subject INFORMATION SYSTEM IN HUMAN RESOURCE MANAGEMENT & PLANNING, RECRUITMENT AND SELECTION OF HUMAN RESOURECES almaklumlah x larat nak amik subject bebanyak aku ni kan study part time jek...so xnak force myself, byk keje nak buat aku kan home manager n working mum, nak study pun kene ikut time so buat je lah mane yg termampu.....

Tuesday, July 12, 2011

INFO - TENTANG BUAH

Ari ni aku nak share info tentang buah...
Note: Tq Emran coz share info ni dgn aku!

Sebiji Tomato mempunyai empat ruang dan berwarna merah. Hati berwarna merah dan mempunyai empat ruang. Semuakajian menunjukkan tomato adalah makanan asli untuk hati dan darah.
Segugus anggur tergantung seperti bentuk hati. Setiap buah anggur kelihatan seperti sel darah dan semua kajian menunjukkan hari ini bahawa sememangnya buah anggur makanan penting jantung dan darah.

Sebiji Walnut kelihatan seperti otak kecil, hemisfera kiri dan kanan, serebrum atas dan serebrum bawah. Bahkan kerutan atau lipatan pada kacang seperti neo-korteks. Kini kita tahu bahawa walnut membantu membangunkan lebih dari 3 neuron-pemancar untuk fungsi otak.

Kacang Ginjal benar-benar menyembuhkan dan membantu menjaga fungsi ginjal , mereka memang kelihatan seperti buah pinggang manusia.

Saderi, Bok Choy, Rubarb dan lain-lain kelihatan seperti tulang. Makanan ini khusus mensasar kekuatan tulang. Tulang adalah 23% natrium dan makanan ini 23 natrium%. Jika anda tidak mempunyai cukup sodium dalam diet anda, tubuh menariknya dari tulang, membuat ianya lemah. Makanan ini mengisi keperluan skeletal untuk tubuh.
Terung, avokado dan Pir mensasarkan kesihatan dan fungsi rahim dan serviks daripada wanita - Ia kelihatan seperti organ-organ ini. Penyelidikan saat ini menunjukkan bahawa ketika wanita makan 1 avokado minggu, mengseimbangkan hormon, mengurangkan berat lahir yang tidak diingini dan mencegah barah pangkal rahim(kanser serviks). Dan bagaimana ini penting ? .... Diperlukan tepat 9 bulan untuk membesarkan avokado dari berbunga ke buah matang. Ada lebih dari 14.000 unsur kimia fotolitik untuk nutrisi dalam setiap salah satu makanan (ilmu sains moden telah mengkaji dan menamakan hanya sekitar 141 dari mereka).

Buah ara penuh dengan biji dan tergantung berpasangan ketika mereka tumbuh. Ara meningkatkan motiliti sperma laki-laki dan meningkatkan jumlah sel-sel sperma untuk mengatasi kemandulan lelaki.

Grapefruit, Oren, dan lain-lain limau kelihatan seperti kelenjar mama daripada wanita dan benar-benar membantu kesihatan payudara dan gerakan limfa masuk dan keluar dari payudara.

Bawang kelihatan seperti sel-sel tubuh. Penyelidikan saat ini menunjukkan bahawa bawang membantu membuang bahan sisa dari semua sel tubuh. Bahkan mereka menghasilkan air mata yang mencuci lapisan epitelium mata.


Ubi keledek kelihatan seperti pankreas dan benar-benar mengseimbangkan indeks glisemia pesakit diabetes.

Buah Zaitun membantu kesihatan dan fungsi ovari

Saturday, July 9, 2011

Weekend that is full of cooking activities

Our dinner for today



Aku memang ade ari yg rajin memasak contoh nyer ari ni penuh dengan aktiviti memasak... see kat bwh ni!..... sorry ye! korang tengok gambo je lah..


terkejut En. Sufian aku masak rendang ayam!


almaklumlah rajin sangat katakan!





Rendang Ayam

Bahan-bahan 

  • 1/2 ekor ayam-dipotong ikut suka
  • Bahan2 digiling:-
  • 10 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 15 biji cili api
  • 15 tangkai cili kering
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 2 batang serai dititik
  • 2 helai daun kunyit dihiris halus
  • 4 helai daun limau purut dihiris kasar
  • 4 cawan santan pekat
  • 4 sudu besar kerisik
  • Garam, gula dan serbuk perasa (ikut suka)

Cara-cara

  1. Masukkan ayam dan bahan giling dan serai- perap lebih kurang 1 jam.
  2. Masukkan ayam ke dalam kuali. Masukkan santan dan masak hingga mendidih. Masukkan daun limau, daun kunyit, kerisik dan garam. masukkan juga perasa dan gula jika suka.
  3. Masak ayam hingga empuk dan agak pekat. Sedia dimakan








Ok di tambah lak dgn bendi goreng berlada campur dgn telur. huhhh best ....






Kat bawah ni our lunch



Makan untuk tengah hari ialah ikan jenahak masak lomak cili api - favorite En. Sufian tapi tak lah sosodap omak eeh yang duk kat Pilah, nogori 9 yg masak........



lauk untuk tghari simple je telur dadar goreng pastu letak cili api bebanyak!
Di tambah dengan my fevorite cencaluk dgn ulam timun makan dgn nasi panas-2, gile best !....
uits.... menu tuk tghari xde sayur r.... tp ok jek hubby tak complain janji perut kenyang..



Pepagi lagi aku dah bangun wat breakfast ...




Ok inilah breakfast untuk hari ni - Makaroni goreng favorite my lovely daughter Balqis
En. Sufian tambah 3x
Balqis Sofia tambah 2x
aku? erm tak tambah pun tengok diaorang makan dah cukup kenyang



Cara penyediaan:-

1. 300g makaroni, rebus spi lembut, toskan n gaul dgn 1 sudu minyak zaitun
2. ½ batang carrot dipotong dadu
3. 2 batang saderi dipotong kecik
4. 3 cawan isi udang
5. 1 sudu besar sos tomato
6. 1 sudu besar sos tiram


Bahan2 Kisar

1. biji bawang besar
3. ulas bawang putih
2. sudu besar udang kering

4.Cili kering ( aku letak 1 sudu cili boh jek)


Cara-Cara

1. Tumis bahan2 kisar sampai garing. Masukkan isi udang, kacau rata. Masukkan sos tomato & sos tiram, tuang sedikit air pastu biar mendidih pada api perlahan.
2. Masukkan carrot n batang saderi. Kacau rata pastu masukkan makaroni tadi. Perlahan kan api, gaul makaroni hingga bergaul mesra dgn bahan2 lain. Letak garam secukup rasa. Angkat dan hidangkan. Ok jemput telan air liur jelah…………..

Tuesday, July 5, 2011

Vacation

Layan a few photos of us during our cuti2 Penang & Perak








New Train @ Bukit Bendera


Welcome to Bukit Bendera




ok posing ala lenggang2 kanggkung


ok posing maut lak!





muka yang penuh dgn peluh-peluh asli!




Mandi lagi!
Cantik kan? View ni......




muka qis sama ke cam papa?


dah nak maghrib still xnak naik2 jugak





Qis suka sangat collect kulit siput ni!


Welcome to Bukit Merah Laketown Resort, Perak


Posing lagi! kali ni pk.. ari dah nak ujan papa & mama dah nak balik tapi qis nak main lagi....




Actually, we planned for holiday while going ina's wedding


Rombongan STE - Ina's wedding




Amboi manjanyer kan!!!

Selamat Pengantin Baru... Semoga Bahagia ke anak cucu...



Wednesday, June 29, 2011

Night Dress........

Tinggal satu hari lagi June akan berakhir tapi special gift lom dapat2 lagi. Bila nyer lah agaknyer my darling nak kasi ni! Terpaksa lah luah kat sini jek……… Erm rasanyer dah lame tak shopping night dress.. kan best kalau ade someone special bagi night dress cam kat bawah ni…




Cantik kan? sangat la sexyyyyyyyyyyyy……… Aku suka la pakai baju tidur sexy-sexy ni… maksud aku yang satin la. Sejuk jek pakai bila masa tidur. Aku dah terbayang tidur pakai night dress ni. Sure nyenyak sebab sejuk. Baju tidur yang cantik-sexy-gojes-menawan-menambat hati hubby ni!


Night dress Yang ni pun ok gak. Aku pun xde lagi color cam ni. huhhhh... tido bagai lena yang di ulik mimpi indah......


Monday, June 27, 2011

Sweet memories in June

1st June is the fourth wedding anniversary. We did not go anywhere pun. Just returned on vacation kat laketown resort n Batu Feringgi Penang. but jauh di sudut hati nak gi honeymoon. I had inform my boss early i'll be on leave 1st June tapi cuti on that day tak approve coz ade training kat opic lah pulak.. so disappointed............
Mr. boss tanye aku cuti nak gi mane kan baru je lepas bercuti lagi nak cuti! Duuusstttsszzzz terkena kat batang hidung aku. So ngan jujurnyer aku bagitahulah nak gi honeymoon for my wedding anniversary… nah amik ko! tetiba jek tanpa di sangka2 .. Dia jawab “ala nita siang kejelah, anniversary nanti malam-2”. Adussssssss……… boss aku ni buat aku blushing….
On the day aku training, tetiba aku dapat rose from my hubby. So sweet………. Touching sangat… actually my hubby outstation kat Melaka masa tu! Special delivery for me. thank you darling… Luv u so much……





13st June is my birthday, nothing special just dinner. Then eat the cake. ok my birthday kali ni could be two cakes. one from my hubby and one more from office. Thank you all for celebrating that day.




Chocolate strawberry – Secret recipe

Tiramisu – Secret recipe



Happy farther's day was in June too .. Aku bagi gift skin care je to lovely hubby. It was last minute shopping with my lovely daughter, Balqis. Konon2nyer nak wat surprised lah kan n start create father's day card. So terciptalah a simple father's day card from us with love. Ok sementara tu gi masak jap. Tengah2 masak Balqis pun datang menyibukkan diri…


Balqis : Mama, Mama mane nyer gift nak bagi papa

Me : Gift ape lak (masa tu En. Sufian duk tengok tv tapi aku sure punyer dia dengar ape yg balqis cakap)

Balqis : Ala mama ni gift peberhday to you papa lah... kan tadi kita dah tulis2 main color2 card (huhhh sib baik! Lega…… balqis still x pandai nak sebut father's day papa. kalau tak hilang mood suprise)

Me : ape lak! birthday papa kan dah lepas kita kan dah celebrate dah potong kek pun?

Balqis : Ala mama ni,.. sambil hentak kaki.. mama naughty, mama bohong balqis sambil marah2 hentak kaki…. Mane gift papa tadi kita beli…..

Me : Geram nyer…………. Tadi aku dah suruh dia diam2 ni………. Pastu aku marah aku cakap no more gift2! birthday papa dah lepas.. dgn rasa xpuas hati dia gi tgk tv dgn papanyer…. Sambil ngomel mama bohong balqis………..



Ok Lewat malam baru lah bagi gift n card aku suruh balqis yang kasi. Bukan main lagi balqis happy. Time nak sebut happy father’s day dia sebut peberhday papa jugak! kelakar sangat! Asal ade card n gift mesti dia ingat peberhday 2 u. Erm… itulah kesahnyer, celoteh my lovely daughter age 3 years celebrate father’s day papa.Ok papa kat bawah ni lah rupa card yang di create oleh kami. so how terharu tak?





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...