Saturday, July 9, 2011

Weekend that is full of cooking activities

Our dinner for today



Aku memang ade ari yg rajin memasak contoh nyer ari ni penuh dengan aktiviti memasak... see kat bwh ni!..... sorry ye! korang tengok gambo je lah..


terkejut En. Sufian aku masak rendang ayam!


almaklumlah rajin sangat katakan!





Rendang Ayam

Bahan-bahan 

  • 1/2 ekor ayam-dipotong ikut suka
  • Bahan2 digiling:-
  • 10 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 15 biji cili api
  • 15 tangkai cili kering
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 2 batang serai dititik
  • 2 helai daun kunyit dihiris halus
  • 4 helai daun limau purut dihiris kasar
  • 4 cawan santan pekat
  • 4 sudu besar kerisik
  • Garam, gula dan serbuk perasa (ikut suka)

Cara-cara

  1. Masukkan ayam dan bahan giling dan serai- perap lebih kurang 1 jam.
  2. Masukkan ayam ke dalam kuali. Masukkan santan dan masak hingga mendidih. Masukkan daun limau, daun kunyit, kerisik dan garam. masukkan juga perasa dan gula jika suka.
  3. Masak ayam hingga empuk dan agak pekat. Sedia dimakan








Ok di tambah lak dgn bendi goreng berlada campur dgn telur. huhhh best ....






Kat bawah ni our lunch



Makan untuk tengah hari ialah ikan jenahak masak lomak cili api - favorite En. Sufian tapi tak lah sosodap omak eeh yang duk kat Pilah, nogori 9 yg masak........



lauk untuk tghari simple je telur dadar goreng pastu letak cili api bebanyak!
Di tambah dengan my fevorite cencaluk dgn ulam timun makan dgn nasi panas-2, gile best !....
uits.... menu tuk tghari xde sayur r.... tp ok jek hubby tak complain janji perut kenyang..



Pepagi lagi aku dah bangun wat breakfast ...




Ok inilah breakfast untuk hari ni - Makaroni goreng favorite my lovely daughter Balqis
En. Sufian tambah 3x
Balqis Sofia tambah 2x
aku? erm tak tambah pun tengok diaorang makan dah cukup kenyang



Cara penyediaan:-

1. 300g makaroni, rebus spi lembut, toskan n gaul dgn 1 sudu minyak zaitun
2. ½ batang carrot dipotong dadu
3. 2 batang saderi dipotong kecik
4. 3 cawan isi udang
5. 1 sudu besar sos tomato
6. 1 sudu besar sos tiram


Bahan2 Kisar

1. biji bawang besar
3. ulas bawang putih
2. sudu besar udang kering

4.Cili kering ( aku letak 1 sudu cili boh jek)


Cara-Cara

1. Tumis bahan2 kisar sampai garing. Masukkan isi udang, kacau rata. Masukkan sos tomato & sos tiram, tuang sedikit air pastu biar mendidih pada api perlahan.
2. Masukkan carrot n batang saderi. Kacau rata pastu masukkan makaroni tadi. Perlahan kan api, gaul makaroni hingga bergaul mesra dgn bahan2 lain. Letak garam secukup rasa. Angkat dan hidangkan. Ok jemput telan air liur jelah…………..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...