
wo...wo... woo.. posing sket lah mama amik gambo aqis ni!
Pantai ni so far ok lah xde lah berselut cam kat Corus Hotel PD. Tobat xnak gi lagi kat Corus tu?sib baik BBQ En. Sufian joint klu tak! erm xde maknenyer gi holiday klu asyik bz dgn keje2 opic jek........
Lepas mandi pantai petang tu aku terus je masak nasi hujan panas tuk di makan bersama dgn BBQ ... Ayam, ikan cencaru n puyuh
Best gila makan nasi panas-2 dengan puyuh...Resipi kat Bawah:
4 cawan beras wangi
Air secukupnya (sukatan air mengikut jenis beras yg diguna)
2 sudu besar mentega
1 sudu besar minyak masak / minyak jagung
1 biji bawang besar - dimayang halus
3 ulas bawang putih - dimayang halus
1/2 inci halia - dimayang halus
Sedikit garam
1 kiub ayam
Rempah 4 beradik
2 helai daun pandan - disimpul
Pewarna hijau, kuning dan merah
Cara-cara :
1. Basuh beras dan toskan beras.
2. Cairkan mentega bersama sedikit minyak dalam periuk rice cooker.
5. Masukkan air secukupnya dan masak nasi macam biasa.
BBQ AyamBahan-bahan
- ayam - 3 ekor
- bawang merah (besar & kecil) - 5 biji
- bawang putih - 5 ulas
- halia - mengikut kuantiti ayam
- serai - 5 batang
- serbuk kari - mengikut kuantiti ayam
- serbuk kunyit - satu sudu
- serbuk lada hitam/putih - mengikut citarasa
- sos cili - mengikut kuantiti ayam
- sos tomato - mengikut citarasa
- madu - dua sudu besar
- bahan renjis - serai 3-4 batang (ditumbuk dan diikat batangnya) minyak masak, sedikit air dan gula.
Cara-cara
- kisar semua bahan-bahan di atas kecuali sos, madu,serbuk kunyit dan kari. jangan kisar terlalu lama dan terlalu halus. campurkan sedikit air semasa mengisar.
- potong ayam mengikut saiz yang di kehendaki.
- gaulkan kesemua bahan kisar, sos, madu, serbuk kari dan kunyit bersama dengan ayam. gaul sehingga sebati.
- perap ayam yang telah selesai di gaul bersama bahan-bahan ke dalam peti sejuk selama 2 hari.
- selepas 1- 2 hari ayam bbq anda sedia di bakar.... lebihan bahan perapan boleh di buat bahan renjis semasa membakar ayam.
BBQ Puyuh





inilah dia aksi mula-2 kat swimmingpool

Aksi nak baring lah pulak! layan je lah....
Ni aksi nak tdo pulak!


Terung goreng

lauk untuk tghari simple je telur dadar goreng pastu letak cili api bebanyak!
Di tambah dengan my fevorite cencaluk dgn ulam timun makan dgn nasi panas-2, gile best !....
uits.... menu tuk tghari xde sayur r.... tp ok jek hubby tak complain janji perut kenyang..