Saturday, July 30, 2011

Holiday @ Blue Lagoon PD

Hari Sabtu aku gi holiday lagi kat PD kali ni aku gi Blue lagoon condo Port Dickson, Sapura nyer property. So far ok lah, tapi kene booking n make payment dgn Sapura Holdings lepas tu baru leh jalan.... tu lah ingat nak duk kat Ilham Resort Pernec nyer property tp my Hubby dah col, opic dia bgtahu xde kosong lak kat ctu...

ok jom layan photo2 holiday @ Blue Lagoon..

Selamat Datang ke Tanjung Biru Condominium
View Swimming pool

Swimming Pool yang selesa.. sesuai lah tuk my daughter nak mandi

ok bermula lah aktivity petang - mandi pantai

ok 1, 2, say cheeseeeeee.....

Rombongan gi mandi pantai dgn my hubby nephew start dari depan Shakirah, Kak Sue n sebelah kak su tgh menyodok pasir tu my lovely daughter Balqis & kat blakang tu Fahdilah

Manis nyer senyuman Syakirah ni kan?.........

Senyuman budak ni manis x? dahlah xde gigi kat atas!

wo...wo... woo.. posing sket lah mama amik gambo aqis ni!

Pantai ni so far ok lah xde lah berselut cam kat Corus Hotel PD. Tobat xnak gi lagi kat Corus tu?


En. Sufian xjoint pun we all mandi pantai, His bz dgn keje2 opic nak submit report, kata nyer org telekom nak cepat! Org bercuti ni dia pun nak bercuti gak tp bz dgn keje, keje, keje......... x habis2 dgn keje....

Activity malam - BBQ tepi pantai... gile best!...

pic kat atas ni gelap sket r! En supian tu nampak gelap sesangat dah lah gelap!
sib baik BBQ En. Sufian joint klu tak! erm xde maknenyer gi holiday klu asyik bz dgn keje2 opic jek........Lepas mandi pantai petang tu aku terus je masak nasi hujan panas tuk di makan bersama dgn BBQ ... Ayam, ikan cencaru n puyuh

Best gila makan nasi panas-2 dengan puyuh...
Resipi kat Bawah:
Bahan-bahan :
4 cawan beras wangi
Air secukupnya (sukatan air mengikut jenis beras yg diguna)
2 sudu besar mentega
1 sudu besar minyak masak / minyak jagung
1 biji bawang besar - dimayang halus
3 ulas bawang putih - dimayang halus
1/2 inci halia - dimayang halus
Sedikit garam
1 kiub ayam
Rempah 4 beradik
2 helai daun pandan - disimpul
Pewarna hijau, kuning dan merah

Cara-cara :
1. Basuh beras dan toskan beras.
2. Cairkan mentega bersama sedikit minyak dalam periuk rice cooker.
3. Masukkan rempah 4 beradik bersama bawang besar, bawang putih, halia yang dimayang bersama daun pandan, goreng sehingga wangi. Kemudian masukkan kiub ayam kacau rata sebentar.
4. Kemudian masukkan beras dan secubit garam dan kacau lagi.
5. Masukkan air secukupnya dan masak nasi macam biasa.
6. Bila nasi hampir kering buat beberapa lubang dan titiskan pewarna. (jangan lupa tutup balik periuk rice cooker ya).
7. Tunggu sehingga nasi betul2 masak dan gemburkan dengan garfu sebelum dihidangkan.


BBQ Ayam

Bahan-bahan

  • ayam - 3 ekor
  • bawang merah (besar & kecil) - 5 biji
  • bawang putih - 5 ulas
  • halia - mengikut kuantiti ayam
  • serai - 5 batang
  • serbuk kari - mengikut kuantiti ayam
  • serbuk kunyit - satu sudu
  • serbuk lada hitam/putih - mengikut citarasa
  • sos cili - mengikut kuantiti ayam
  • sos tomato - mengikut citarasa
  • madu - dua sudu besar
  • bahan renjis - serai 3-4 batang (ditumbuk dan diikat batangnya) minyak masak, sedikit air dan gula.

Cara-cara

  1. kisar semua bahan-bahan di atas kecuali sos, madu,serbuk kunyit dan kari. jangan kisar terlalu lama dan terlalu halus. campurkan sedikit air semasa mengisar.
  2. potong ayam mengikut saiz yang di kehendaki.
  3. gaulkan kesemua bahan kisar, sos, madu, serbuk kari dan kunyit bersama dengan ayam. gaul sehingga sebati.
  4. perap ayam yang telah selesai di gaul bersama bahan-bahan ke dalam peti sejuk selama 2 hari.
  5. selepas 1- 2 hari ayam bbq anda sedia di bakar.... lebihan bahan perapan boleh di buat bahan renjis semasa membakar ayam.
BBQ Puyuh

BBQ ikan cencaru

Ikan cencaru yang telah di bersihkan dan di belah belakang nya.
Bahan-bahan cili untuk di sumbat ke dalam ikan.
2 gengam cili kering yang telah rendam dan di toskan.
1 sudu udang kering
5 biji bawang putih
1 biji bawang besar
1/4 inci belancan
secubit garam
Sedikit air asam jawa

Cara-caranya:
Tumbuk hingga lumat kesemua bahan bahan untuk di sumbat ke dalam cili.
Mori akan tumbuk dulu cili hingga lumat, baru masukkan bawang putih, belacan dan garam,  tumbuk sehingga lumat.  Akhir sekali baru masukkan bawang besar dan tumbuk sehingga lumat.  Masukkan sedikit perahan air asam dan gaul rata.Gaul kan garam dan kunyit pada ikan cencaru sehingga rata. Sudu  kan cili yang telah di tumbuk kedalam belahan ikan.  Sedia untuk di bakar.

Tingat lak Fadhilah mintak sup tuk mkn dgn nasi hujan panas, tapi biasenye aku xsediakan sup pun klu wat nasi ni coz nasi ni khas utk dimakan dgn BBQ jek!!! klu di ingat kan cian lak kat dia mintak sup.... klu dipikirkan terkilan pun ade


last pic sebelum balik!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...