Tuesday, August 9, 2011

Sahur.... Tomyam & lamb

Ari ni aku sahur makan beriye... aku bangun kul 4 pagi.... wat tomyam campur ni....



Resepi Tomyam Campur
100g isi ayam  ( di potong kecil )
10 ekor udang ( buang kulit dan kepala)
3 ekor sotong  ( potong bulat )
1 1/2 – 2 liter air stok ayam atau daging ( satu periuk sederhana )
1 batang carrot
3 batang serai
1 inci lengkuas ( dihiris)
10 biji cili padi ( di tumbuk )
1 biji tomato
2 labu bawang besar ( potong baji atau potong bulat )
2 sudu makan pes tomyam
1 kiub ayam/daging ( jika suka)
1 camca teh gula ( jika suka)
3-4 helai daun limau purut
3-4  sudu besar air limau nipis ( ikut banyak mana kuah  anda)
Cara Penyediaan
1. Didihkan air stock ayam/daging dalam periuk.
2. Masukkan isi ayam atau daging . Masak sehingga empuk.
3. Masukkan pes tomyam, udang, serai, lengkuas, daun limau purut, cili padi, carrot dan bawang merah.
4. Biar mendidih masukkan stok ikan, gula, garam, jus limau, tomato
5. Angkat dan hidangkan.

Aku ngan En. Sufian makan beriye di tambah lak lamb bakar... actualy aku dah perab malam td so pagi ni tunggu nak bakar je.Aku amik masa utk bakar kambing ni hanye dlm 15 minti jek, percaye x? bakar 15minit pastu... huhhh lembut gile daging. huhh berselera! gile best makan sahur..........

Bahan2
4 keping daging lamb
1biji bawang besar
2 biji bawang putih
1 inci halia
2 atau 3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar lada hitam
1 sudu makan gula pasir
1 sudu besar herba campuran
1 sudu kecil garam
Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan  diatas


** Kisar  semua bahan dan lumurkan pada daging lamb tadi….. perap semalaman dalam peti sejuk.

Klu korang nak tahu aku bakar lamb ni guna chefel flip n cook pan ni lah. aku beli kat cosway. senang keje aku nak goreng ikan or ayam hanye letak 1 sudu minyak jek... lagi satu xyah nak balik2 kan ikan or ayam cume pusing kan saje chefel ni.. mudah kan .. masakkan pun cepat masak..
ok,,, kat bawah ni ade info tentang chefel ni kot klu korang berminat kannn!!! sharing is caring.....

Monday, August 8, 2011

Salam Ramadhan - ‘Perkara-perkara yang TIDAK membatalkan puasa’

Hari ni aku nak share ‘Perkara-perkara yang TIDAK membatalkan puasa’. Aku dapat @ info ni dari Sapura Komuniti send by email to all staff Sapura group minggu lepas..


Keputusan Majlis Perhimpunan Fiqh Islam di dalam persidangan yang ke-10 mengenai ‘Perkara-perkara yang TIDAK membatalkan puasa’


1. Menitiskan ubat ke dalam mata, hidung, telinga serta mencuci telinga
2. Meletakkan ubat di bawah lidah untuk rawatan sakit dada dan lain-lain selagi ianya tidak ditelan.
3. Memasukkan sesuatu alat ke dalam rahim untuk tujuan rawatan dan pemeriksaan
4. Memasukkan alat ke dalam salur atau pundi kencing bagi tujuan rawatan seperti ureteroskop, radio-opaque.
5. Memasukkan alat ke dalam usus untuk tujuan pemeriksaan, rawatan dan ubatan seperti suppositories, radio opaque, dan cecair pembersih usus.
6. Rawatan pergigian, mencabut, menampal atau membersihkan gigi dengan syarat tidak menelan apa-apa.
7. Berkumur atau menyembur ubat yang diletakkan pada mulut tanpa menelan apa-apa.
8. Suntikan ubat ke dalam darah (intravena) dan ke dalam kulit (subtaneous dan intra muscular)
9. Pengambilan oksigen.
10. Bius (General Anaesthetic).
11. Ubat-ubatan yang meresap ke dalam badan melalui kulit contoh krim.
12. Memasukkan tiub (wayar/contrast) untuk tujuan Angiogram.
13. Memasukkan skop ke dalam badan untuk tujuan rawatan.
14. Biopsy hati dan lain-lain organ tanpa memasukkan cecair bersamanya.
15. Ujian endoskopi bagi tujuan diagnosis seperti gastroscope dengan syarat tidak memasukkan apa-apa cecair atau bahan ke dalam perut.
16. Memasukkan peralatan atau pemberian suntikan ke dalam saraf tunjang.
17. Muntah yang tidak sengaja.

Thursday, August 4, 2011

Berbuka Puasa @ Holiday Villa Subang

Hari ni aku buka pose kat Holiday Villa Subang... huhhh gile best!.. Marvelous!! kat cni banyak pilihan utk buka pose dr citarasa tempatan hinggalah ke citarasa antarabangsa. Alhamdulillah kenyangnya mkn berbuka pose tadi kat Holiday Villa Hotel & Suites Subang. buffet nyer memang sedap n harga pun berpatutan, Tapi aku makang free jek. Trima kaceh ye Orel i-tech n ina coz sudi invite aku merasai keenakkan dan kelazatan makanan di cni. Harga buffet Ramadan ni dari RM77++ (dewasa) dan RM57++ (Kanak-Kanak)


segala jenis makanan ada kat cni.. pilih je n makanlah sampai kenyang..


Laksa, tomyam ade gak...


Kebab pun ade


1st round - Kurma, nasi kambing, ikan pari, ayam percik dan yg bulat tu ialah satar


Ok ni ialah makanan yang masuk dlm perut aku... Mula2 ofcoz lah kurma, pastu hah amik ko terus je masuk nasi kambing........ then br yg lain follow


Ni 2nd round - sotong masam-manis, sotong celup tepung, udang celup tepung, coslow, spaghetti bolognese ketam n lala.... sedap nyer.... selamat telan air liur ye........


3rd round - sup gear box..


lastly hidangan kek n pencuci mulut
sushi pun ade gak...


Tiram segar

Tiram kat atas tu memang segar bugar terbaek dari ladang.... tapi aku xbiase makan tiram mentah, perah lemon pastu terus makan camtu... huuhh tekak aku xleh trima r bau hanyir...........

Makanan kat sini memang tip top lah rasanya pun asli..... Memang berbaloi dah harga nyer berpatutan Harga buffet Ramadan ni dari RM77++ (dewasa) dan RM57++ (Kanak-Kanak)

Tuesday, August 2, 2011

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak


Selamat menyambut ramadhan al-mubarak buat semua muslimin dan muslimat. Syukur alhamdulillah, umur kita dipanjangkan untuk terus menikmati bulan Ramadhan yang penuh berkat pada tahun ini.


Bila canda membuat tertawa
Hati bahagia wajah ceria
Maaf dipinta segala dosa
Sambut gembira puasa mulia


Selamat menjalankan ibadah Ramadhan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...