Saturday, August 20, 2011

Biskut Mazola for hari raya celebration

ni lah dia hasil nyer biskut mazola untuk menyambut hari raye aidilfitri

Sape yg nak resepi blh amik kat bawah ni;-

Bahan-bahan ( 1 balang )
  • 200gm tepung gandum
  • 200gm kacang tanah-goreng tanpa minyak dan kisar halus
  • 100 gm gula -kisar halus – aku guna gula castor
  • Minyak mazola/secukupnya – aku guna minyak jagung tu jek yg ade kat umah!
  • Kuning telur
  • Sedikit mentega
Cara-cara
  1. Di dalam mangkuk besar gaul sebati tepung, gula dah kacang kisar.
  2. Tuangkan minyak Mazola/jagung sedikit sedikit dan uli adunan hingga menjadi doh yg lembut.
  3. Bentukkan doh mengikut citarasa dan susun didalam loyang yg telah di lengser dgn mentega.
  4. Sapukan atasnya dgn kuning telur dan bakar didalam oven hingga masak kekuningan.

ok 1 balang ni aku dapat 93 biji jek x penuh pun satu balang... so far ok lah...

Selamat mencuba!

1 comment:

  1. uits ita.. nyum nyum... mintak 1/2 balang boleh.. ina tak sempat nak wat kuih apa pun...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...